About Me

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
An ordinary person...Like listening to the music.. Bit sensitive.. LOVE kids so much...

Blog Archive

21 September 2015

KACHA



Lamb Chop


Chicken Chop dah tinggal setengah.. hehe..

SEDAP!
Daging lembut..
Setiap gigitan terasa..
Service tip top..
Cepat.. (15 min dah sampai makanan walaupon ramai orang)
Boleh datang sini bila mai Alor Star..
Harga berbaloi..
Kenyang..

17 September 2015

Thinking...

I am thinking..
To run a business..
How would it be?
Is it a great idea?
Or I just seat down and proceed with the current job?
So, I am still thinking...

15 September 2015

Keguguran Yang Kedua

25/8/2015 - selasa

Pagi tu aku demam panas.
Pada masa yang sama aku ada appointment minum air gula dengan doctor klinik kesihatan pendang (kkp).
Doctor cancel untuk minum air gula dan minta nurse drip masukkan air ke dalam badan aku.
Waktu itu suhu badan aku telah mencapai 39°c.
Pinggang aku terasa bagai nak patah. Betis aku sengal, sakit hanya Allah sahaja yang tahu.
Ketika itu, nurse pertama cuba cucuk 2 kali. Memandangkan urat halus aku susah untuk dicari, dipanggil pula nurse yang kedua datang untuk cuba cucuk kali ketiga. Allah... Allah.. Allah.. sakitnya.. kemudian diberitahu kepada doctor bahawa urat aku sangat susah untuk dijumpai dan dengan memberi alasan badan aku tidak pernah membuat kerja berat. Aku terima dengan tidak membalas sepatah pon perkataan mereka. Aku cuba untuk kuat. Ya aku kuat. Datang pula doctor untuk mencuba nasibnya pula, untuk keempat dan kelima kalinya masih tidak berjaya. Doctor membuat keputusan untuk memberi ubat dan menyuruh aku balik ke rumah berehat. Ya.. terima kasih.

26/8/2015 - rabu

Pada jam 4 pagi ak tersedar. Badan mula panas kerana ubat yang aku makan telah habis affect. Pinggang aku mula berdenyut semula.
Aku mengadu pada suami. Lantas, dia mengajak aku ke hospital. Suami kejutkan mak dan memberitahu untuk ke hospital. Mak mencadangkan pergi ke PMC.
Jam 5  pagi kami bergegas ke hospital dan setibanya di sana doctor terus memeriksa aku. Suami meminta doctor untuk lagi sekali masukkan air ke dalam badan aku. Suhu badan aku ketika itu 39.5°c. Doctor memberi arahan kepada nurse masukkan air ke badan aku. Dengan lemah lembut, nurse mencari urat aku dan berjaya memasukkan air ke dalam badan aku dengan hanya sekali injection tanpa rasa sakit!. Alhamdulillah..
Jam 3 ptg, aku dapati ada cecair turun dari bawah. Ya..benar! Turun DARAH. Allah.. lagi sekali hati aku diruntun sedih dan cemas. Cepat2 aku menelefon suami dan dia bergegas pulang untuk membawa aku ke hospital. Kali ini kami pergi ke hospital amanjaya specialist dimana tempat aku selalu check up pregnancy. Doc Tan memberitahu, karung kosong masih ada di dalam uterus dan tiada janin kelihatan. aku Sedih bercampur risau.Injection given. Doctor membuat keputusan untuk memberi lagi masa kepada kandungan aku selama 10 hari dan memberi pilihan untuk warded atau MC. Kami pulang.

27/8/2015 - khamis
Darah masih lagi turun.
Kami membuat keputusan untuk admit ward di amanjaya.
10 am kami bertolak ke hospital. Doctor Tan menerima kami dengan hati terbuka. Yes doctor.. your money is coming.. :)
I stay there for a night.

28/8/2015 - jumaat
Bangun pagi no bleeding. I am happy mummy.
Always told my baby, we are strong. Please be with me. We are all love you sayang.
My friends gave me all the support. Thank you Allah and friends for the bless.
11 am doctor kata dah boleh balik but I have to take the injection first. So 3 injections has been given to me since I stayed there.
1 pm kami balik rumah mak.
Setiba di rumah, aku makan dan terus tidur.
Jam 3 ptg aku ke toilet and perasan darah keluar semula.
Terfikir sejenak.. apa masalah aku sebenarnya.. And start from there even I keep myself strong but still I have weird feeling inside.

29/8/2015 - sabtu
Darah masih keluar.

30/8/2015 - ahad
Darah masih keluar bersama ketulan darah beku dan lendir

31/8/2015 - isnin
Darah masih keluar bersama ketulan darah beku dan lendir.
Saat ini, aku redha apa pon ujian yang Allah berikan padaku.
Allah tidak akan lewatkan sesaat jika ditakdirkan itu rezeki kami kan readers?

1/9/2015 - selasa
Bangun pagi aku rasakan ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Syukur padamu ya Allah.
Masa yang sama perasaan yang lalu datang.. Ya.. aku rasa hampir tiba masanya.
Detik berlalu.. Kalimah Lailla hailla anta sentiasa di bibir.
4 ptg- Allah sakit seperti keguguran sebelum ini.
Ya Allah... Kau ampunkan dosa kami Ya Allah. Kurangkan kesakitan ini Ya ALLAH.
Aku baring sambil mendengar alunan surah Yassin.
5.30pm.Allhamdulillah, suami aku sudah keluar dari office.. Tunggu sekejap je lagi ye sayang.
Aku mula berjalan mundar mandir. Dari bilik ke bilik sambil jalan membongkok.
Tepat 6.05pm suami aku tiba membuka pintu sambil melemparkan senyuman yang manis.
Sejurus memandang aku yang sudah membongkok, dia terus berlari menggosok belakang aku.
Aku tahu,perasaan kami sama. We had experinced it before and we are not too tense this time.
We decided to go to hospital.
Dan aku mahu mandi dulu. Sewaktu mandi darah mengalir selaju air yang dijirus ke badan aku.
Saat itu ak merasakan sesuatu yang keluar.
Ya.. Betul.. Allah....
Anak mama sayang. Ini anak mama.
Kami redha.
Redha menerima ketentuan ini.
Jika ini takdirnya..
Sayang2 mama tunggu mama dgn abah dekat sana ye sayang.
Kami sayang sangat dengan kalian.



25 July 2015

H.U.S.B.A.N.D


Having you is like a diamond
Liking you is such a great heart
Missing you is like an empty bowl
Loving you is an honoured
May Allah bless this marriage
I will love you for a thousand more.


31 December 2014

it's been an ages!!!

Ye ak taw!
Iyer.. it’s been an ages..
tetapi.. hati tergerak utk menaip..
Menaip utk mengisi kekosongan hati..
Entah mengapa tiba2 laju jari jemariku menaip tnpa sebarang kata..
Banyak cerita yang ingin dipersembahkan..
Banyak kata yg ingin dilagukan..
Iyer.. BANYAK..
Entah dari mana harus kumula..
Bidas saja apa yang terfikir waktu ini..
Kisah berhenti ketika aku habis praktikal..
Dan sekarang setahun lebih ak bekerja disini..
Ye.. setahun lebih!..
MODENAS.. tmpt ak bermula menapak mencari rezeki.
ALHAMDULILLAH..
Tmpt ak mula belajar tentang erti kehidupan..
Tmpt ak mula belajar tentang erti kekecewaan
Tmpt ak mula belajar tentang erti pahit dan manis hidup..
Tmpt ak belajar menggalas tangungjawab yang berat..
MODENAS.. I know.. but it is not a good plan to stay here for a long time..
Im sorry.. Because I have kept a valid reason to go out.
Im sory.. for not staying here..
Somehow, it was a good memory places in here..
Tq..
Tq for take me.

23 July 2013

Spontaneous!

Hari ni mcm biasa ak melakukan rutin kerja harian di rumah..

bangun2 terus mandi..
bg ank2 si comel 7 ekor tu mkn..
kemas rumah..
sapu sampah..
basuh bj..
kemas bj yg bersepah angkara renovation br kat bilik mak..

n tgk2 jam dah pukul 3.30...
Ya Allah.. ak belom solat Zuhur!
Makanya.. terus ak mendahulukan yg wajib.
usai solat.. otak ak berfikir.. nak masak ape yea tuk berbuka nnt??
then, ak terus ke dapur melihat ape yg ade..
n guess what? SOTONG...
tanpa berfikir panjang.. terus ak decide..

"ok mak... arini kita berbuka ng sambal sotong special sikit cek buh ubi.."
(hahaha.. pemalas punya anak..)

ak start masak jam 5..
n time tu sotong and ikan belom disiang..
terus ak bersilat cekak hanafi di dapur..
dalam pada itu ak memikirkan satu lg resepi..
(Puii.. dh lmbt masuk dapur pon nk mengada2 msk mcm2..)

lantas.. terus ak tgk bahan2 yg ade dlm fridge.. n...

"ok mak.. cek buat roti jala cicah kari ayam"
(SEMANGAT! first time nak bwat roti jala lah katakan..)

makanya... bersilat + bertaekwando lah ak sorg2 di dapur..

siapkan sambal sotong..
siapkan kari ayam..
goreng ikan..
masak sayur sikit..

n ALAMAK... jam 6.45 dan ak belum solat..
terus ak cepat2 solat Asar..
selesai solat.. ak terus smbung menjalakan roti jala ak tu..
first try... mak oiiiii.. tebalnye ak tebar..
n lepas tu ak terus pggl MAAAKKKKKKKKKKK...
cemana nk bwat roti jala ni..
dok tebaq2 dia x mo jd..
lantas.. mak ak terus pegang dan bwat smbil bercakap bwat mcm ni.. bg nipis2..jgn banyak2 n lme2..

dan HASILNYAA.




TARAAA....

Kah kah kah.. mak ak pon first time jgk bwatnye.. kempis n kurus jeee ak nengok roti tu..
anyway.. not bad lah jgk first time tebar..
sape2 nk cuba.. silakan.. nk bancuh tepungnye sgt senang...

bhn2 yg diperlukan cuma:
-2 cawan tepung gandum
-2 biji telur
-1/3 cawan susu cair
-satu sudu kecik sebuk kunyit
-garam secukup rasa
-3 cawan air

ringkas dan mudah kan?
have a try..
Good luck.. :)

21 July 2013

keliru

Alkisah..
Br 2 minggu internship training ak tamat..
Nk dijadikan cerita, mcm2 ak peroleh di sana..
Teman2 yg baik..
Su, Baie, Ecah, Nina, Fab, Su(2).. ya kalian yg ak mksudkan..
Supervisor company yg handsome, sweet lg baik sgtttt...
Teammate yg best, cool and supportive..
Bos yg sempoi!!!
Kenangan yg paling x dpt ak lupakan berada dlm group Wintel..
Bilamana semuanya teammate ak adalah lelaki..
Bilamana hanya ak seorang perempuan di situ..
Blamana hanya ak seorang intern di situ..
Bilamana ak yang pertama intern di situ..
Bilamana ak dilayan bagaikan adik mereka..
Bilamana ak tidak pernah diketepikan oleh mereka..
Bilamana ak tidak pernah dibuli oleh mereka..
Ya ak tahu..
Ak amat beruntung..
Ak amat bertuah..
Peroleh mereka di sekeliling ak..
TERIMA KASIH kalian..

Dan sekarang, ak di rumah..
Meneruskan perjalanan hidupku..
Dan sekarang jugak, 
Sudah ak merindui suasana office di sana..
Sudah ak merindui gelak tawa mereka..
Dan sekarang ak sedang sibuk menolong ibu bapaku..
Memasak, mengemas rumah, membasuh pakaian, memberi kucing yg 7 ekor tu mkn...
Sebagai suri rumah yang bekerjaya sepertinya... (hahahahaha)
Dan juga menghadiri temuduga-temuduga yg tak terduga.. huhu..

Dan ini lah kisah ak yang keliru..
Seperti gambar ni..

Dimana PFK yg kuharapkan..
kini hanya tinggal impian..
Dimana staff lelaki yg mereka perlukan..
bukan ak.. yang perempuan ini...
Dimana hanya position yg jaoh mereka tawarkan padaku..
Dimana parents dan sidia tidak bersetuju utk itu..
Dimana mak yang terlalu berharap dgn F41 yg satu tu..
Dimana mmg ak tak menaruh harapan utk itu..
Ya ak tahu.. susah utk mendapat tempat di F41..
Dimana ak perlu memberi jawapan utk menghadiri temuduga itu pd masa yg singkat ini..
Dan disini ak CONFUSED..KELIRU.. memikirkan hal ini..
Perlukah ak pergi?
Menghadiri temuduga itu?

Allahhurabbi.. 
Tolong lah hambamu ini dalam memilih jalan yg TERBAIK utknya..




01 July 2013

Terima kasih sahabatku

Alkisah..
Weekend yg menyedihkan..
Memeritkan..
Mengilukan..
Terasa hati disiat-siat..
Terasa hati diremuk-remukkan..
Terasa hati di dikecai-kecaikan..
Wlupon 2 hari, terasa 2 tahun..
Terasa ingin cepat lari dari situ..
Terasa ingin cepat jauh dr situ..
Terasa ingin cepat masa berlalu..
Alhamdulillah..
Allah itu Maha Mendengar..
Allah itu mengetahui bahawa hambanya yg satu ini disakiti..
Tidak sanggup lg utknya bertahan..
Alhamdulillah..
Hati ini separuh tenang..
Air mata bukan lg jd peneman..
Bila aku bertemu dgn insan yg satu..
Cik siti su..
Thank you syg..

Kerana kamu.. hidupku kembali riang.. J

17 June 2013

Selamat Hari Bapa, Ayah..

Ayah,
Indah sungguh perjalanan hidup anakmu..
Dimana.. makan, pakai dan tidurku selalu cukup..
Sehingga besar sebegini rupa..
Tanpa ayah dan mak, tidak aku merasai nikmat hidup ini..
Terima Kasih Ayah..

Ayah,
Sungguh besar pengorbananmu terhadap aku..
Peluh keringatmu tidak pernah kering demi membesarkan aku..
Alhamdulillah ayah, berkat asuhanmu, aku menjadi aku..
Terima Kasih Ayah..

Ayah,
Ingin kumahu kau tahu..
Kau lah HERO dunia akhirat ku..
Hanya engkau sentiasa di hatiku..
Engkau tempat aku bermanja..
Engkau tempat aku berteduh..
Dan..
Engkau tempat ku meminta..
Terima Kasih Ayah..

Ya Allah,
Dengarlah doa kecilku ini,
Berilah ayah dan emakku balasan yang sebaik-baiknya, atas
Didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
Kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
Mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

SELAMAT HARI BAPA, AYAH!

I LOVE YOU FOREVER AND EVER.. J

05 June 2013

Sungguh jikalau itu menjadi ukuran

Sungguh aku terkejut
Sungguh aku berduka
Sungguh aku x percaya
Ya SUNGGUH..

Jikalau itu yang menjadi ukuran
Jikalau itu penentu kejayaan
Jikalau itu yang mereka mahukan

Aku redha
Aku pasrah

SUNGGUH JIKALAU < 3.6 bukan di hati mereka.

29 April 2013

Jangan Gelak OK!



Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak…
Seorang lelaki dengan wajah GARANG mengacukan senjata tajam kea rah isteri..

Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!
Isteri: Na.. Nama sa.. saya.. Aisyah..
Perompak: Aisyah?? Nampaknye sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu..

Lalu dia mendekati si suami dan sambil…

            Perompak: Sebutkan namamu.. aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku..
            Suami: Namaku Irwan.. tapi.. semua orang memanggilku AISYAH.

Alamak! Cikgu Datang..


Atok: Aiman!! Cepat menyorok.. Cikgu kamu datang sebab kamu tak pergi sekolah hari ni.

Aiman: Eh.. Atok la yang pegi menyorok..

Atok: Dah kenapa pulak atok yang kena menyorok?

Aiman: Sebab... Saya bagitaw cikgu saya tak pergi sekolah sebab atok meninggal..

Atok: :'(

25 April 2013

Oh Mayat?

Suasana ketika di dalam kelas di mana seorang guru sedang mengajar subjek Bahasa Melayu.

Guru: Ali, sila sambungkan 2 ayat ini menjadi satu ayat.
           
           1. Abu menaiki basikal ke sekolah.
           2. Abu ternampak mayat.

Dengan "confidentnye" Ali menjawab...

Ali: Abu ternampak MAYAT menaiki basikal ke sekolah.

Guru: @##$$%%^!!@#$

24 April 2013

Sabun, Deoderant, Minyak Wangi, Shampoo cap BABA

Situasi di mana seorang salesman sedang sibuk mempromosikan produk pengusahaannya kepada seorang pelajar.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini"
Pelajar tersebut dengan selamba menjawab "Sabun Baba"

"Kalau deoderant, deoderant apa yang anda gunakan"
"Deoderant Baba", jawab pelajar tersebut.

Minyak Wangi?
"Minyak Wangi Baba"

"Shampoo"
"Shampoo Baba"

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, "OK apakah jenama BABA ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu anda selama ini memakai peoduk yang tidak sihat."

Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba itu RAKAN sebilik saya."

19 April 2013

Rindu


Hurm..
Kenapa hr ni ak byk berdiam ae?
Rse dh mcm mulut ni bisu tak boleh berkata apa2
Mungkin ak x de mood rsanya?
Tp knapa x de angin  ribut  taufan  tetiba ak xde mood
Mungkin juga ak terlalu rindu..
Rindu padanya..
Allahuakbar..
Hanya Tuhan Maha Mengetahui..
Betapa hati terlalu merindui dirinya..
Betapa hati ingin memandang mukanya..
Hanya Kau yg tahu..
Ya Allah Ya Rahman Rahim
Moga Kau PERMUDAHKAN segala urusan yg terbuku di hati
HAMBAMU ini..

18 April 2013


Dialog hari ini:

Aku: Weyh td ak hutang ko brape ea?

Cah: Owh… semua rm4.

Aku: ok2.. so ak kena byr rm6.50 la.. ade duit kecik x?

Cah: dah npe kne byr rm6.50?

Aku: hurm.. ak hutang su pg ni.. beli kuih ngan bihun.

Cah: aku pon xde duit kecik jgk.. ala.. xpe la.. nnt la ko byr. Ak x g mne pon..

Aku: mmg la ko x g mne.. takot ak mati ke.. x sempat nk byr hutang.

Su: owh.. xpe.. kalau ko mati, ak minx ngan mak ko..

Aku n ecah: @_@

08 April 2013

Time for change!


Happy?
Yes. Ak mmg happy!
Kenapa?
Sebab.. zaman belajar ak sdh tamat.
Sekarang?
Ak masih blajar.. Tapi belajar utk bekerja.
Ye sekarang ak tgh practical..
Kat mana?
Hurm.. Petronas ICT aka iPerintis.
Ak tahu, mesti korang x tahu pon company ni..
It’s ok. That’s not the problem
Tp ape yg ak rsa sekarang, perubahan demi perubahan.
Ye lah.. Dulu ak student. Sekarang ak dah bekerja.
So, mind-set harus ditukar. Bukan lg mcm dlu
Banyak tanggungjawab yg ak kne fikir dan kne pikul
Dan banyak lg benda yg harus ak belajar
Dan banyak lg benda yg harus ak terima


Moga perubahan yg kurasa dapat membimbing ak lebih matang dalam membuat keputusan.
Ya Allah.. Moga Kau selalu berkati aku.. Amin Ya Rabbal Alamin.

26 November 2012

Nothing to say much

Sometimes we did not realize that with one words it may destroy everything. 
Yes it is.. 
Maybe for some people it meaningless but for me it is really heart full.. 
So.. just stop here!
 I do not need you anymore. 

02 July 2012

Special for MNSS...

Somebody up there CARES for you,

Somebody down here LOVES you.

I want you to know how LUCKY I am

to HAVE you..

May you be BLESSED with

HAPPINESS and SUCCESS...

HAPPY BELATED BIRTHDAY MY DEAR...

29 May 2012

Jangan sombong sgt

Kadang-kadang kita x tahu apa yg org sedang fikirkan tentang kita. Untuk menjaga kepuasan hati semua pihak memang sukar. Jadi benda yang kecik2 tu x payah la ambil hati.. Kenapa sikap dingin tu perlu ditunjukkan? Kalau dh betul awak tu matang, kenapa nk tunjuk sikap kebudak-budakkan awak tu? Tolong lah.. Hidup ini hanyalah sementara.. Berbuat baiklah kepada semua org.. Tak rugi kalau kita baik dan senyum dgn semua org.. Jangan lah tunjuk kan sifat diri yang angkuh dah sombong tu. Kita hidup berpayungkan satu langit.. Setinggi mana pon kita, sekaya mana pon kita, kita tetap makhluk Allah.. Allah tetap yg TERATAS.. Post ini bukan nk condemn'kan' sapa2.. Tp cuba untuk membuka mata makhluk Allah yang satu tu.. Harap satu hari nnt dia dpt baca rintihan hati ni. Oklah.. kepada readers sekalian, ini adalah nasihat.. Ingatan utk sy dan juga anda... :)

Jumpa org senyum selalu dan tergurlah.. kita kan satu umat.. Masing2 sedara Islam.. Jadi senyumlah selalu.. Macam nie..






* x salah kalau kita berbuat baik dengan org yg dah pernah bersikap dingin dgn kita..