About Me

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
An ordinary person...Like listening to the music.. Bit sensitive.. LOVE kids so much...

Blog Archive

16 March 2010

aku pon saket..

aku tak phm la ngan sesetengah org ni kan.. huhu.. aku pon saket gak ati.. aku pon sdey gak.. aku pon punyai masalah sendiri.. Tapi, tak perlu la tuk kita cerita semua keburukan org yang kita saket ati tu.. tak perlu la kita menjaja kesalah org yang kita tak puas ati tu.. klu dlu ikotkan hati aku, aku lg punya banyak masalah dengan dia, tp aku tak de la menjaja nama dia kat internet di mana semua org sekeliling kita tahu..
huhu... aku pon mengalami benda ni... tp tolong la phm ckit.. perasaan org laen. jgn la memalukan org..

03 January 2010

My First Time Birthday Party Wit My Lovely Frenz..







Birthday girl yang first skali Faiz.. tp korang mesti pelik kan npe name die tak de kat kek tu.. hihi.. aku pon pelik.. tanye la spe yang 'meng'organized party ni... maybe tak dirancang kot faiz ade skali.. the next birthday girl is 'Siti Nur' Romelia bt Saineh... (hik hik.. jgn marah ye lalla..). Then Siti Aminah atau nama panggilannye kak min.. Paling last skali aku.. hihi..

Sebenarnye, aku sgt terharu.. Ye la. ni la first time sume kawan aku ramai2 celebrate birthday aku.. hehe.. tp aku sedih gak sebab Puteri Suryana tak de time ni.. huhu.. Rindu kamu cik Puteri.. hurm, pape pon thanks taw tuk sume kawan2 aku.. so, yang kat bawah ni gambar sume kawan2 yang terlibat dlm birthday party kitorang ni.


ni la bIRTHDAY Girl malam tue.. dari kiri, faiz, kak min, lalla, n aku


ni saje je nak tunjuk hadiah aku dpt.. bukan moto ni taw, tp cover set die.. aku suke sgt sebab sticker die kale PINK... uuu my favourite... sebenarnye ade lagi hadiah laen, tp aku mls nak upload. kwn2 jgn salah paham yer.. pape pon aku tetap sayang korang sume.. muacks..

15 July 2009

abg.. maafkan diriku..

Puisi ini khas untuk si dia tersayang..

Malam itu indah sekali..

Aku berdiri menyapa angn lalu..


Kurindui dia di sana..


Adakah dia juga sepertiku?


Ku intai memori lalu,


Gelak tawa yang dikau persembahkan,


Senyum mesramu meragut jiwa ini..


Tanpa kau sedari ku semakin menginginkanmu..


Pernahkah kau sedari lagu yang pernah kunyanyikan


Hanyalah untukmu.


Moga ku saja dalam ingatanmu


maafkan diriku..



04 May 2009

-AJARI AKU CINTA-

Assalamualaikum.. entri kali ni aku nak share dgn korang pasal kisah yang aku terbaca kat satu tempat ni.. Cerita ni klu korang nak tahu ianya sangat menyayat hati terutama kepada sesiapa yang penah bercintan, sedang dilamun cintan, mahupon putus cintan (sob..sob).. Jd klu korang nak tahu ape sebenarnya kisah CINTA ni, korang bacalah kat bwh ni.. jgn nanges sudeyh.. hee..
SELAMAT MEMBACA..

Di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda
abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan
sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling
melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil
itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan
pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan
diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak
mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari
pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak
lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN!
KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh!
Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta
bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam.
Lagipun tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN
cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN dengan
perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang
terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu
sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi
membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama
datanglah KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.
Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN,
bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf,
CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata
KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa
CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat
naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang
tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu
Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air
menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu
menurunkan CINTA dan segera pergi lagi.

Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya
"Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-
teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran.
"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya
harga sebuah CINTA itu... ...

Kekayaan, kecantikan, kebahagiaan hanyalah bersifat sementara.. Jd apa yang aku nak sampaikan kat sini, jgnlah korang terlalu alpa dan leka dengan permainan hidup ni.. huhu..
harap korang enjoy baca cerita ni dan sedikit sebanyak dapat bg pengajaran dari kisah ni.. :)

01 May 2009

kalau pandai jwb la..



Jom kita rehat-rehat minda dengan menjawab teka-teki kat bwh ni..


1. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit buang apa? hah.. jwb2..

2. Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah kembang, Terkadang tegak, terkadang tumbang.. celaka benar kalau ditebang.. uhuk2.. ape ke benda ni..?

3. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya, pokok apa yang tumbuh dulu? hee.. pokok ape ye?

anyone? siapa yang rajin jwb la teka-teki ni.. hehe.. kita tgk siapa yang kreatif.. wahahaha..

26 April 2009

Aduh!

BACA DOA DULU!


Di suatu malam yang hening.. Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.

" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan akan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang..." kata ustaz itu.

Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuoot je memanjang. Bininya tak tahan, lalu bertanya kepada Pak Pandir,

" Awak makan apa sampai jadi camni?" . " Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.. berak-berak makan julap... muahaha!!!

Sesungguhnya.. niat Pak Pandir memang suci.. Ahakz~

22 April 2009

Rindu.. Rindu.. Rindu..

Post kali ni aku nak meluahkan rasa rindu kesukma yang dah lama terbuku kat hati ni.. Agaknya sapa yang aku rindu? Hehe, mesti la anak2 aku. Sebenarnya mak aku seorang pengasuh. Ni la baby yang mak aku jge kat umah. (kat bwh tu) Aku rindu sangat.. Sangat2 rindu. hurm.. ni blom ade ank sendiri. Kalau ank sendiri entah bagaimana agaknye perasaan aku..haha.. Sebelum aku melalut lebey jauh, baik aku tunjuk gambar2 ni kat korang..


   



Ini Inas Shasha Damia.

1 tahun brape bulan ek.. lupa la pulak.

Sangat aktif dan juga kuat mkn..



Ha.. Yang ni pulak Intan Izati.

Comel kan? Mak aku jge die sejak umur1 bulan.

time ni die dah dekat 2 thn kot.

Cakap banyak dan sgt manja.




Ni Shasha lagi. "Apa pandang2?"




Alalala.. comeinya..




Tengok apa tue?


Lagi 4 minggu aku bakal balik umah. Pastu boleh la jumpa diorang. hihi.. tak sabarnya.. Mak... cek nak balik!! Mekasih sebab sudi membaca rintihan hati ni..


Papai.. nanti aku muncul ngan post baru pulak ye..