About Me

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
An ordinary person...Like listening to the music.. Bit sensitive.. LOVE kids so much...

Blog Archive

15 September 2015

Keguguran Yang Kedua

25/8/2015 - selasa

Pagi tu aku demam panas.
Pada masa yang sama aku ada appointment minum air gula dengan doctor klinik kesihatan pendang (kkp).
Doctor cancel untuk minum air gula dan minta nurse drip masukkan air ke dalam badan aku.
Waktu itu suhu badan aku telah mencapai 39°c.
Pinggang aku terasa bagai nak patah. Betis aku sengal, sakit hanya Allah sahaja yang tahu.
Ketika itu, nurse pertama cuba cucuk 2 kali. Memandangkan urat halus aku susah untuk dicari, dipanggil pula nurse yang kedua datang untuk cuba cucuk kali ketiga. Allah... Allah.. Allah.. sakitnya.. kemudian diberitahu kepada doctor bahawa urat aku sangat susah untuk dijumpai dan dengan memberi alasan badan aku tidak pernah membuat kerja berat. Aku terima dengan tidak membalas sepatah pon perkataan mereka. Aku cuba untuk kuat. Ya aku kuat. Datang pula doctor untuk mencuba nasibnya pula, untuk keempat dan kelima kalinya masih tidak berjaya. Doctor membuat keputusan untuk memberi ubat dan menyuruh aku balik ke rumah berehat. Ya.. terima kasih.

26/8/2015 - rabu

Pada jam 4 pagi ak tersedar. Badan mula panas kerana ubat yang aku makan telah habis affect. Pinggang aku mula berdenyut semula.
Aku mengadu pada suami. Lantas, dia mengajak aku ke hospital. Suami kejutkan mak dan memberitahu untuk ke hospital. Mak mencadangkan pergi ke PMC.
Jam 5  pagi kami bergegas ke hospital dan setibanya di sana doctor terus memeriksa aku. Suami meminta doctor untuk lagi sekali masukkan air ke dalam badan aku. Suhu badan aku ketika itu 39.5°c. Doctor memberi arahan kepada nurse masukkan air ke badan aku. Dengan lemah lembut, nurse mencari urat aku dan berjaya memasukkan air ke dalam badan aku dengan hanya sekali injection tanpa rasa sakit!. Alhamdulillah..
Jam 3 ptg, aku dapati ada cecair turun dari bawah. Ya..benar! Turun DARAH. Allah.. lagi sekali hati aku diruntun sedih dan cemas. Cepat2 aku menelefon suami dan dia bergegas pulang untuk membawa aku ke hospital. Kali ini kami pergi ke hospital amanjaya specialist dimana tempat aku selalu check up pregnancy. Doc Tan memberitahu, karung kosong masih ada di dalam uterus dan tiada janin kelihatan. aku Sedih bercampur risau.Injection given. Doctor membuat keputusan untuk memberi lagi masa kepada kandungan aku selama 10 hari dan memberi pilihan untuk warded atau MC. Kami pulang.

27/8/2015 - khamis
Darah masih lagi turun.
Kami membuat keputusan untuk admit ward di amanjaya.
10 am kami bertolak ke hospital. Doctor Tan menerima kami dengan hati terbuka. Yes doctor.. your money is coming.. :)
I stay there for a night.

28/8/2015 - jumaat
Bangun pagi no bleeding. I am happy mummy.
Always told my baby, we are strong. Please be with me. We are all love you sayang.
My friends gave me all the support. Thank you Allah and friends for the bless.
11 am doctor kata dah boleh balik but I have to take the injection first. So 3 injections has been given to me since I stayed there.
1 pm kami balik rumah mak.
Setiba di rumah, aku makan dan terus tidur.
Jam 3 ptg aku ke toilet and perasan darah keluar semula.
Terfikir sejenak.. apa masalah aku sebenarnya.. And start from there even I keep myself strong but still I have weird feeling inside.

29/8/2015 - sabtu
Darah masih keluar.

30/8/2015 - ahad
Darah masih keluar bersama ketulan darah beku dan lendir

31/8/2015 - isnin
Darah masih keluar bersama ketulan darah beku dan lendir.
Saat ini, aku redha apa pon ujian yang Allah berikan padaku.
Allah tidak akan lewatkan sesaat jika ditakdirkan itu rezeki kami kan readers?

1/9/2015 - selasa
Bangun pagi aku rasakan ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Syukur padamu ya Allah.
Masa yang sama perasaan yang lalu datang.. Ya.. aku rasa hampir tiba masanya.
Detik berlalu.. Kalimah Lailla hailla anta sentiasa di bibir.
4 ptg- Allah sakit seperti keguguran sebelum ini.
Ya Allah... Kau ampunkan dosa kami Ya Allah. Kurangkan kesakitan ini Ya ALLAH.
Aku baring sambil mendengar alunan surah Yassin.
5.30pm.Allhamdulillah, suami aku sudah keluar dari office.. Tunggu sekejap je lagi ye sayang.
Aku mula berjalan mundar mandir. Dari bilik ke bilik sambil jalan membongkok.
Tepat 6.05pm suami aku tiba membuka pintu sambil melemparkan senyuman yang manis.
Sejurus memandang aku yang sudah membongkok, dia terus berlari menggosok belakang aku.
Aku tahu,perasaan kami sama. We had experinced it before and we are not too tense this time.
We decided to go to hospital.
Dan aku mahu mandi dulu. Sewaktu mandi darah mengalir selaju air yang dijirus ke badan aku.
Saat itu ak merasakan sesuatu yang keluar.
Ya.. Betul.. Allah....
Anak mama sayang. Ini anak mama.
Kami redha.
Redha menerima ketentuan ini.
Jika ini takdirnya..
Sayang2 mama tunggu mama dgn abah dekat sana ye sayang.
Kami sayang sangat dengan kalian.



No comments: