31 March 2009
Bolehkah WANITA mengubah perangai LELAKI?? Hah.. Jwb2..
Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki? Dalam kebanyakan kes, isteri cuba mengubah perangai suaminya kerana kelemahan suami itu mendatangkan masalah dalam hidupnya dan menggagalkan harapannya untuk mendapatkan sesuatu. Sekiranya suaminya berubah perangai, isteri itu yakin bahawa keadaan rumahtangga akan menjadi bertambah baik.
Cubaan isteri untuk mengubah suaminya akan bermula dari teguran-teguran dan kritikan-kritikan mengenai kelemahan suaminya.
Teguran-teguran itu dibuat atas keyakinan bahawa ia adalah untuk kebaikan suami dan sebagai bukti bahawa dia sayangkan suaminya.
Namun yang dipertikaikan oleh lelaki dan menyebabkan lelaki sukar berubah bukanlah teguran itu, tetapi cara teguran itu dibuat. Lelaki lebih suka ditegur dengan cara lemah lembut dan berdiplomasi.
Sebagai isteri patutlah seorang wanita menasihatkan suaminya dengan cara yang yang baik, itu tergolong kepada tanggungjawab isteri.
Mudah-mudahan suami akan menyedari kelemahannya dan berubah. Namun begitu jika suami terus-menerus dengan perangai lamanya, isteri tiada pilihan lain melainkan belajar pula untuk menerima suaminya dengan keadaan sedemikian.
Bukanlah menjadi tanggungjawab isteri lagi untuk mendesak suaminya agar berubah kerana ia berkemungkinan besar akan mendatangkan keburukan.
Terdapat 4 sebab mengapa isteri tidak harus mendesak atau memaksa suaminya agar berubah, sebagaimana berikut:
1. Ia boleh menyebabkan masalah perkahwinan.
Suami akan menganggap bahawa isteri tidak puashati dengan sikapnya dan tidak merestuinya. Apabila ini berlaku suami menganggap bahawa isteri telah mulai membenci dan cuba mencari-cari kesilapannya. Suami akan membina benteng antara dia dan isteri, menjauhkan diri,tidak lagi berbual mesra dan mungkin menunjukkan sikap-sikap yang berlawanan dari kebiasaan.Egonya akan tercabar, suami akan merasa tidak selamat.
2. Ia boleh memusnahkan rasa cinta.
Hubungan suami isteri akan menjadi dingin dan ada pula rumahtangga yang mana cinta telah musnah.
3. Ia boleh menyebabkan suami menentang.
Suami akan menentang kerana dia cuba mengekalkan rasa kebebasannya.
4. Ia tidak akan menemui kejayaan yang diharapkan.
Lelaki tidak akan berubah dengan cara desakan dari isteri. Jika ia berubah, itu bukan bersebab dari desakan isterinya tetapi dari sebab-sebab yang lain. Mungkin juga atas kesedarannya sendiri untuk berubah hasil memikirkan sendiri mengenai keburukan perilakunya.
Jadi apa yang kita dapat di sini, si isteri boleh menegur suaminya atas kebaikan bersama. Tetapi, dari aspek peneguran itu perlulah sesuai dan kene pada tempatnya.. Pada suami2 pula apabila isteri menegur perangai buruk, jgnlah bersikap ego.. Jadilah suami yang berfikiran terbuka.. hee.. (ceh.. cam da kahwen pulak ..)
Sekian..
renung2kan.. dan selamat beramal :)
29 March 2009
First time aku kne tag.. jom2 tgk..
Hoho.. Nama cek Saidatul Nadila Bt Saad.. Kat umh family pgl Kakngah, kwn2 pgl nad.. (bkn ‘nut skru ea’) ade gak pgl dila.. hurm.. cek pon ade gak..
KE DUA - Sikap kamu yang mantap?
MANTAP? Mantap camne tue?
KE TIGA - Sikap kamu yang jelek?
Kuat mrajuk kot.. hee..
KE EMPAT - Apa gajet yang selalu kamu bawak?
Hehe.. semestinye handphone pastu momo n mimi(ank2 aku).. ihik2..
KE LIMA - Dah berape handphone kamu pakai selame nie? Senaraikan jenamanya.
Adoiyai.. brape ea.. 4 kot..
KE ENAM - Siapa besfren kamu?
Semestinya Hazirah Bt Abd Hadi time sek menengah dlu.. kt uia plak sume aku anggap besfren n ‘special fren’ pon ade gak....
KE TUJUH - Siapa kamu sayang selain famili kamu? Kenapa kamu sayang dia?
secret...
KE LAPAN - lagi 10 tahun, kamu jadi apa?
Time tu mgkin aku tgh mngandung ank keenam kot.. hehe sambil mengajar murid2 aku..
KE SEMBILAN - Kata-kata hikmah yang kamu pernah dengar dan yang paling kamu suka?
‘Syg cantik la’..(hak3 bagiku ini adalah kte2 hikmah dan bnyak menghikmah aku)
KE SEPULUH - Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
Stakat ni dah 12 r..
KE SEBELAS - Senaraikan followers yang paling kamu suka? kenapa?
Zelo55.com.. mgkin sbb byk cerita2 hot.
KE DUABELAS - mereka lain yang ingin di-tag
Hoho.. ske2..
Awin
Sue
Kak min
Dunia selepasku
Nina
abg!!!!! dah siap..
28 March 2009
Hot Love...
1. Seringkali memberi sidia pujian.Baik tentang bajunya,penampilannya,kelakuannya dan tindakannya.
2. Sesekali hadiahkan sesuatu yang boleh menyentuh hatinya,seperti bunga mawar dan lagu.
4. Hargai privacy nya.
5. Jaga penampilan anda.Jangan sampai nampak selekeh,berbau atau tak
terurus.
6. Hilangkan kebiasaan buruk anda yang sering menbuat bad mood.
7. Katakan padanya,dia sudah mengubah hidup anda dan membuat hidup
anda lebih bermakna.
8. Sabarlah kalau dia sedang memuji kecantikan perempuan lain,baik
dengan kata2 mahupun lirikan matanya.
9. Beri perhatian lebih kepadanya.Kalau dia sedang menghadapi
masalah,berusaha sedaya mungkin untuk membantu dan memperlihatkan keperhatinan anda.
10. Cari sesuatu aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti melihat
pementasan teater, memancing atau berjogging.
11. Pastikan wajah anda sentiasa tersenyum dan lapang ketika bertemu
dengannya.
12. Sesekali,manjakan dia seperti anak kecil.
13. katakan dengan penuh jujur dan penuh perasaan bahawa dialah
satu2nya dalam hidup anda.
14. Be nice pada semua orang terdekatnya(sahabat,teman sekerja terutama
ibunya).
15. Jangan terlalu banyak meminta apa lagi dengan nada mengada2.
16. Pastikan anda tidak terlalu banyak mengkritiknya terutama dihadapan
umum.
17. Berikan sidia kejutan manis seperti makanmalam berdua,jambangan
bunga yang dihantar
terus ke pejabat atau serangkap puisi yang meruntum jiwa.
18. Kalau anda inginkan sidia setia kepada anda ,lakukan hal yang sama
kepadanya.
19. Ambil berat dalam apa perkara sekalipun yang berkaitan dirinya.
Darisoal makan
minatnya,warna kegemarannya dan sebagainya.
20. Jadilah pendengar yang baik dan peruntukkan masa untuk bertukar2
pendapat.