About Me

My photo
Pendang, Kedah, Malaysia
An ordinary person...Like listening to the music.. Bit sensitive.. LOVE kids so much...

Blog Archive

31 March 2009

Bolehkah WANITA mengubah perangai LELAKI?? Hah.. Jwb2..

Isu kali ini tentang PERKAHWINAN.. hehe.. Selamatkanlah rumahtangga anda sebelum ia dibelengu MISTERI….


Bolehkah Wanita Mengubah Perangai Lelaki? Dalam kebanyakan kes, isteri cuba mengubah perangai suaminya kerana kelemahan suami itu mendatangkan masalah dalam hidupnya dan menggagalkan harapannya untuk mendapatkan sesuatu. Sekiranya suaminya berubah perangai, isteri itu yakin bahawa keadaan rumahtangga akan menjadi bertambah baik.

Cubaan isteri untuk mengubah suaminya akan bermula dari teguran-teguran dan kritikan-kritikan mengenai kelemahan suaminya.

Teguran-teguran itu dibuat atas keyakinan bahawa ia adalah untuk kebaikan suami dan sebagai bukti bahawa dia sayangkan suaminya.

Namun yang dipertikaikan oleh lelaki dan menyebabkan lelaki sukar berubah bukanlah teguran itu, tetapi cara teguran itu dibuat. Lelaki lebih suka ditegur dengan cara lemah lembut dan berdiplomasi.

Sebagai isteri patutlah seorang wanita menasihatkan suaminya dengan cara yang yang baik, itu tergolong kepada tanggungjawab isteri.

Mudah-mudahan suami akan menyedari kelemahannya dan berubah. Namun begitu jika suami terus-menerus dengan perangai lamanya, isteri tiada pilihan lain melainkan belajar pula untuk menerima suaminya dengan keadaan sedemikian.

Bukanlah menjadi tanggungjawab isteri lagi untuk mendesak suaminya agar berubah kerana ia berkemungkinan besar akan mendatangkan keburukan.

Terdapat 4 sebab mengapa isteri tidak harus mendesak atau memaksa suaminya agar berubah, sebagaimana berikut:

1. Ia boleh menyebabkan masalah perkahwinan.
Suami akan menganggap bahawa isteri tidak puashati dengan sikapnya dan tidak merestuinya. Apabila ini berlaku suami menganggap bahawa isteri telah mulai membenci dan cuba mencari-cari kesilapannya. Suami akan membina benteng antara dia dan isteri, menjauhkan diri,tidak lagi berbual mesra dan mungkin menunjukkan sikap-sikap yang berlawanan dari kebiasaan.Egonya akan tercabar, suami akan merasa tidak selamat.

2. Ia boleh memusnahkan rasa cinta.
Hubungan suami isteri akan menjadi dingin dan ada pula rumahtangga yang mana cinta telah musnah.

3. Ia boleh menyebabkan suami menentang.
Suami akan menentang kerana dia cuba mengekalkan rasa kebebasannya.

4. Ia tidak akan menemui kejayaan yang diharapkan.
Lelaki tidak akan berubah dengan cara desakan dari isteri. Jika ia berubah, itu bukan bersebab dari desakan isterinya tetapi dari sebab-sebab yang lain. Mungkin juga atas kesedarannya sendiri untuk berubah hasil memikirkan sendiri mengenai keburukan perilakunya.

Jadi apa yang kita dapat di sini, si isteri boleh menegur suaminya atas kebaikan bersama. Tetapi, dari aspek peneguran itu perlulah sesuai dan kene pada tempatnya.. Pada suami2 pula apabila isteri menegur perangai buruk, jgnlah bersikap ego.. Jadilah suami yang berfikiran terbuka.. hee.. (ceh.. cam da kahwen pulak ..)

Sekian..
renung2kan.. dan selamat beramal :)

9 comments:

Kupufana Mentari said...

uishhh...menjadi satu kesukaran utk kte mnegur owg..apatah lagi suami sndri.. acheeechee suami sndri xthn 2..mcm la ak da kawen..ha3 layan je la..

Mohd Noorshazwan said...

huhuhuhu....dah semakin rajin post bende baru nampaknye...heee...nie mne dapat idea nie cyg~~~^_^

Saidatul Nadila said...

hee.. mane dpt idea? biarlah rahsia.. ihik2.. erm btol tue pu3.. mmg ssh nak tego org. nak2 lg org yg kte tego tue sgtla ego.. uhuk2..

Khairul Anuar Mohamed said...

baru sahaja linkkan blog anda..

loser said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Noorshazwan said...

i'll find the code for her and it is a statement "I LOVE U ALWAYS". The character that you use it with capital letter.Am I right??

loser said...

-.-
hahaha.. thanks 4 find it for her..
hope u n her will always be happy..

loser said...

hurm... xpe ah.. sorry to stop by n make things worst.. pape pon mintak maaf byk2.. aku doakan korg bahgie.. sorry sgt2 ea cik shaz.. n sorry alot also to cik nad.. adios.. mungkin u deserve better.. sory coz broken eng..

Khairul Anuar Mohamed said...

hahahaha..
sudah link kan blog anda di blog saya.. teruskan menulis..
arghh bila laa nak kawin..
ekekekek