BACA DOA DULU!
Di suatu malam yang hening.. Pak Pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan akan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang..." kata ustaz itu.
Lalu Pak Pandir ni pun baliklah bersama bininya malam tue. Semasa sedang makan malam tu, Pak Pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak Pak Pandir nie asyik terkentuuoot je memanjang. Bininya tak tahan, lalu bertanya kepada Pak Pandir,
" Awak makan apa sampai jadi camni?" . " Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu.. berak-berak makan julap... muahaha!!!
Sesungguhnya.. niat Pak Pandir memang suci.. Ahakz~